Tuesday, November 26, 2019

Resepi tauhu begedil by isya

Nah aku share resepi tauhu begedil versi yang aku buat. Cuba la buat. Senang tau. Lebih kurang je dengan resepi orang lain. Tapi aku punya special sikit. Hik hik. Makan dengan sambal kicapp. Sedap tauuuu. Sekali makan tak berhenti. 😋

Bahan bahan
Tauhu
Kentang
Daging/ayam kisar
Garam
Perasa lada hitam (kalau nk pedas lah kalau tak nak ganti dgn ajinamoto antara dua ni)
Ni option: Bawang merah dgn daun bawang (tak letak pun takpe)

Telur (utk goreng nanti)

Cara buat:

UNTUK INTI:

#1 Kupas kentang, rebus sampai empuk. Dah empuk nanti lenyekkan sampai hancur

#2 Daging/ayam kisar goreng kilas. Kalau daging selalu nya berminyak kalau goreng. So tapis minyak tu. Kalau tak cepat basi

#3 Bawang merah potong dadu. Daun bawang hiris halus. Ni tak payah banyak. Sikit pun takpe. Nak bagi naik bau dengan rasa. (Ni option je, kalau tak nak letak pun takpe)

#4 Pastu gaulkan semua kentang yg da lenyek tu + daging kisar yang da goreng + bawang merah potong dadu + daun bawang. Then tambahkan garam sikit dengan perasa lada hitam atau ajinamoto sikit (garam + ajinamoto jangan bebanyak pulak just buat rasa. Adjust ikut selera masing masing. Kalau masin sangat dia jadi tk sedap. Masuk sikit sikit dulu, rasa then kalau macam kurang rasa then tambah lagi)

UNTUK TAUHU:
Keluarkan isi tauhu selepas dibelah X. Isi tauhu boleh ketepikan atau masukkan dlm inti. Tapi letak sikit je. Jangan banyak banyak. Nanti begedil tak tahan lama. Tak letak pun takpe.

Pastu masukkan inti tu.

Step last:

Pecahkan 2 biji telur dlm mangkuk. Then kocakkan telur tu. Panaskan minyak, api sederhana je. Pastu celup tauhu yg dah berisi dengan inti tu dalam mangkuk telur then goreng. Goreng sekejap je. Agak agak perang  dah boleh angkat. Siap.

Ni tauhu begedil yang aku jual 😉



1 comment:

  1. Salam.awk taknak share resipi ke.saham akhirat bantu sy yg jobless ni

    ReplyDelete