Tuesday, November 26, 2019

Resepi tauhu begedil by isya

Nah aku share resepi tauhu begedil versi yang aku buat. Cuba la buat. Senang tau. Lebih kurang je dengan resepi orang lain. Tapi aku punya special sikit. Hik hik. Makan dengan sambal kicapp. Sedap tauuuu. Sekali makan tak berhenti. πŸ˜‹

Bahan bahan
Tauhu
Kentang
Daging/ayam kisar
Garam
Perasa lada hitam (kalau nk pedas lah kalau tak nak ganti dgn ajinamoto antara dua ni)
Ni option: Bawang merah dgn daun bawang (tak letak pun takpe)

Telur (utk goreng nanti)

Cara buat:

UNTUK INTI:

#1 Kupas kentang, rebus sampai empuk. Dah empuk nanti lenyekkan sampai hancur

#2 Daging/ayam kisar goreng kilas. Kalau daging selalu nya berminyak kalau goreng. So tapis minyak tu. Kalau tak cepat basi

#3 Bawang merah potong dadu. Daun bawang hiris halus. Ni tak payah banyak. Sikit pun takpe. Nak bagi naik bau dengan rasa. (Ni option je, kalau tak nak letak pun takpe)

#4 Pastu gaulkan semua kentang yg da lenyek tu + daging kisar yang da goreng + bawang merah potong dadu + daun bawang. Then tambahkan garam sikit dengan perasa lada hitam atau ajinamoto sikit (garam + ajinamoto jangan bebanyak pulak just buat rasa. Adjust ikut selera masing masing. Kalau masin sangat dia jadi tk sedap. Masuk sikit sikit dulu, rasa then kalau macam kurang rasa then tambah lagi)

UNTUK TAUHU:
Keluarkan isi tauhu selepas dibelah X. Isi tauhu boleh ketepikan atau masukkan dlm inti. Tapi letak sikit je. Jangan banyak banyak. Nanti begedil tak tahan lama. Tak letak pun takpe.

Pastu masukkan inti tu.

Step last:

Pecahkan 2 biji telur dlm mangkuk. Then kocakkan telur tu. Panaskan minyak, api sederhana je. Pastu celup tauhu yg dah berisi dengan inti tu dalam mangkuk telur then goreng. Goreng sekejap je. Agak agak perang  dah boleh angkat. Siap.

Ni tauhu begedil yang aku jual πŸ˜‰



Monday, November 25, 2019

Tauhu begedil (How i started my business)

Hey korang. Aku nak share la cerita kat sini. Nak simpan sini. Nanti bosan bosan boleh baca cerita kat sini semula. Hik hik.

Aku ni dah setahun berniaga tauhu begedil tau. First jualan aku bertarikh 28/9/2018. Customer pun sorang je. Kak ju. Satu kerja dengan kakak aku. Bermula dengan 10 pcs tauhu je. Sebelum aku jual tu aku saja la try try buat tauhu begedil tu. Pastu aku bagi mak aku rasa. Mak aku kata sedap. Pastu mak aku kata cuba la jual. Tapi masa tu duduk rumah sewa kat Puchong Selangor. So macam susah la sebab situ takde kawan kawan atau saudara mara. Masa tu fokus buat rawatan mak aku je (nanti aku cerita kat entry baru ) Masa buat tauhu begedil ni aku adore gila kat Hanis Zalikha. Kebetulan mak Hanis Zalikha ada buat tauhu begedil tu. Tapi dia jual tauhu yang empat segi yang besar tu. So tengok macam sedap gila tauhu begedil tu. Terliur rasa. Nak beli, nak rasa tapi jauh. Aku tak tahu pun apa rasa tauhu begedil sebenarnyaa. Aku main buat je. Asal ada bentuk ala ala macam yang mak Hanis Zalikha buat sudah. Hahahaha. Sambal kicap pun mak aku punya resepi aku guna. Tak pernah rasa yang mak Hanis Zalikha buat. Sampai lah sekarang. 🀣🀣

Lepas 6 bulan duduk Selangor, aku pindah balik duduk Johor semula. So dari situ la try buat. Oh ya, sebelum aku jual ni. Aku ada try makan tauhu begedil dengan penjual ni. Nama ig dia @toohubegedil_jb. Aku beli dengan dia. Pickup sendiri kat rumah dia area flat stulang. Sedap dia punya tauhu begedil. Lembut sangat. Repeat 2 kali gak dengan dia.

Lepas da cuba makan tu try jual sendiri. Alhamdulillah dapat sambutan yang baik. Agak memberangsangkan. Masyuk gak ah. Cuma kena pandai nak rolling semula untuk duit modal. Nak kena banyak belajar. Aku ni bab niaga niaga zero sikit.

Before aku meniaga tauhu begedil ni, aku pernah meniaga tudung dengan pin tudung yang comel comel tu (brooch). Beli borong pastu jual. Tapi tu la, tak ramai yang nak beli. Kurang minat agaknya sebab benda mudah nak dapatkan. Lagipun ramai da yang jual tudung kan. Cari kat kedai pun boleh. So perniagaan tudung dengan brooch ni terkubur gitu je. Banyak gila stock tudung yang tak terjual lagi. Ada kat dalam satu box tu. Ada shawl dengan bawal satin. End up bagi kakak ngan adik aku pakai je. Banyak rugi pulak tu. 🀦. Tapi tu la tak cuba tak tahu kan. Tapi masa tu nak duit sangat. Main pakai bedal je berniaga. Hee hee. Lepas ni kalau nak berniaga kena lah ada ilmu tu.

Aku pun pernah juga jadi dropship jual tudung. Tapi pun tak boleh go jugak. Harga tudung mahal. Rm 29 - Rm 35 bagi harga satu tudung. Untung dapat Rm 5 ringgit satu tudung. Tapi kawan kawan aku tak minat. Yang selalu jadi customer aku sorang ni je. Cer korang teka siapa? Hahahaha tak lain tak bukan Ibu aku sendiri. Ibu selalu support aku bila aku start berniaga ni. Masa jual tudung sendiri, ibu aku beli. Masa jadi dropship pun ibu aku yang beli tudung tu. Tu je la first n last customer aku. Aku post kat ig tak de yang respond pun. End up aku tutup ig aku. Buat habis internet aku je 🀣.  Tu yang aku beralih arah berniaga tauhu begedil. Alhamdulillah lah semua okay.

Pengalaman berniaga tauhu begedil yang aku tak boleh lupa, aku pernah buat tauhu begedil 200 pieces. Aku start buat dari pukul 10 malam sampai subuh baru siap buat. Aku tak tidur satu malam tu. Aku gentel tauhu sampai senget senget aku duduk sebab terlelap. Tu yang paling penat. Petangnya nak kena goreng. Tapi berbaloi lah. Hahahahah kalau cerita rasa kelakar. Tu lah orang kata, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Nak maintain berniaga tauhu begedil ni bukan senang. Nak kena guna modal sendiri dulu. Nak cari untung. Mana nak layan customer yang macam macam kerenah. Banyak la pengalaman dapat. Ada yang order harini nak harini jugak. Dia tak fikir ke aku ada kerja lain nak buat. Kadang orang fikir kita ni berniaga nak kena fokus kat customer je. Mentang mentang guna slogan "customer is always right". Tapi tak boleh gitu. Aku ni ada mak aku nak kena jaga. Takkan nak lepas tangan gitu je.

Aku tak tahu la macam mana online seller ni bertabah nak layan macam macam kerenah customer. Sampaikan kawan aku kata. Kau bagitahu je kat customer kau, kau berniaga tauhu begedil tau, bukan mcd atau kfc nak haritu jugak 🀣🀣🀣. Lawak siot.

Tapi apa pun aku happy tengok kawan kawan atau customer happy bila makan tauhu begedil yang aku buat. Aku risau gak la kalau tauhu begedil tu tak kena dengan tekak diaorang. Tapi rata rata semua feedback baik dan puas hati yang aku dapat. Hee thank you pada semua customer yang sudi beli and repeat order dengan kita. Takde korang takde lah perniagaan tauhu kita ni. πŸ˜‰.


First time open order πŸ₯°